Pertandingan Melukis

Pertandingan Melukis Watak Dongeng, Mitos, Legenda Dan Hikayat Berkonsep Alam Melayu

Syarat-Syarat
1- Terma Lukisan Ialah “Watak Dongeng, Mitos, Legenda Dan Hikayat Berkonsep Alam Melayu”

2- Lukisan wajib ada unsur Melayu yang benar-benar warisan dan bukan rekaan.
Contoh seperti :- tanjak warisan asli, busana tradisional Melayu, senjata tradisional, rumah, perahu, alat muzik atau sesuatu objek yang betul warisan. Sekurang-kurangnya ada 1 objek. Setiap lukisan haruslah nampak ada identiti Melayu

3- Lukisan bebas mengikut imaginasi masing-masing. Dibenarkan menggunakan komputer atau lukisan tangan.

4- Jumlah lukisan bebas tetapi wajib asli dan bukan hasil dari meniru.

5- Yuran masuk pertandingan percuma tetapi wajib LIKE, FOLLOW dan share page FB https://www.facebook.com/DongengFestival ke akaun FB masing-masing.

6- Sila upload gambar final anda di akaun FB masing-masing dan masukkan maklumat seperti dibawah:-
(NAMA WATAK DALAM LUKISAN)
#dongengfestival
#festivaldongeng
#PertandinganMelukisDongengFestival2020
https://www.facebook.com/DongengFestival
https://www.dongengfestival.my/

7- Sila email kepada pengarah@dongengfestival.my sebelum tarikh tutup. Gambar yang di e-mail haruslah terang jelas, minimun 300DPI. Sila beri (NAMA PENUH/IC/ID FACEBOOK/NO TELEFON/ALAMAT)

8- Tarikh tutup penyertaan pada 29 August 2020

9- Gambar lukisan semua pemenang akan jadi hak milik Dongeng Festival @ hak milik penganjur. Maklumat Kredit pelukis akan diletakkan dalam pameran digital, galeri website atau pameran bercetak.

10- Sebarang pertanyaan boleh hubungi 018-6654314.

11- Sila rujuk maklumat tambahan untuk hadiah di page FB https://www.facebook.com/DongengFestival

12- Gambar watak utama haruslah jelas dan tidak boleh kecil

13- Penganjur mungkin akan tambah senarai pemenang saguhati

14- Setiap lukisan harus nampak identiti Melayu.

15- Lukisan Seram, Sedih, Ganas, Gembira, Bahagia, Baik, Jahat, fantasi, magik, sakti, tokok tambah pakaian dan peralatan dibenarkan. Terpulang kepada pelukis.

16- Pertandingan ini terbuka untuk semua peringkat umur.



Contoh Hadiah Dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *